CGTN: Bagaimana pertukaran budaya membina komuniti Asia-Pasifik yang erat

News originally published by

GlobeNewswire

CGTN menerbitkan sebuah artikel mengenai penglibatan kebudayaan Peng Liyuan bersama pasangan pemimpin dan wakil APEC di Shenzhen. Sambil mengetengahkan peranan pertukaran budaya dalam memupuk persefahaman bersama, artikel tersebut mempamerkan bagaimana bentuk seni tradisional Lingnan serta rangkaian acara kebudayaan sempena APEC China 2026 merapatkan hubungan masyarakat daripada pelbagai ekonomi. Artikel itu turut meneroka bagaimana pemahaman dan penghargaan yang mendalam terhadap budaya masing-masing dapat mengeratkan ikatan antara ekonomi APEC, sekali gus meletakkan asas yang lebih kukuh bagi pembentukan komuniti Asia-Pasifik.

SHENZHEN, China, Nov. 21, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika sekumpulan kanak-kanak mempersembahkan Xingshi, seni tarian singa tradisional yang penuh bertenaga, Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping, bersama pasangan pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), menyaksikan bagaimana warisan seni berusia berabad-abad dari Wilayah Guangdong di selatan China terus diwarisI dan disemarakkan oleh generasi muda, mencerminkan kesinambungan tradisi yang kekal utuh merentas zaman.

Pada Khamis di Shenzhen, Wilayah Guangdong di selatan China, Peng dan rombongan tetamu antarabangsa melawat sebuah pameran kebudayaan di Shenzhen Bay Culture Square. Pameran itu mengetengahkan warisan budaya tersendiri rantau tersebut, daripada warisan budaya tidak ketara kebangsaan seperti Xingshi dan Yingge hingga artifak bernilai yang halus serta paparan digital jalan-jalan arked tempatan, yang bersama-sama mencerminkan identiti unik budaya Lingnan di China.

Terletak di selatan China, Lingnan terkenal dengan warisan budayanya yang kaya serta mencerminkan kebijaksanaan tradisional China dalam memelihara keharmonian dengan alam semula jadi. Dengan mempamerkan warisannya sendiri, China turut mengundang negara dan wilayah lain untuk menyertai pertukaran budaya, di samping memupuk persefahaman bersama antara satu sama lain.

Pertukaran budaya: jambatan ke arah kerjasama yang lebih luas

Pemahaman antara masyarakat dari pelbagai negara sering bermula dengan usaha mengenali budaya masing-masing.

Peng telah menegaskan gagasan ini beberapa kali sebelum ini. Dalam wawancara pada 2021 bersama majalah UNESCO Courier, beliau menegaskan kepentingan mendidik generasi akan datang agar memahami negara dan masyarakat lain, menghormati kepelbagaian budaya serta mengiktiraf hak mereka untuk memilih laluan pembangunan dan cara hidup sendiri. Beliau berkata, melalui pendekatan sedemikian, tamadun yang berbeza boleh saling menghargai keunikan masing-masing sambil terus menilai tinggi identiti sendiri, sekali gus mencapai pembangunan bersama.

Gagasan ini tercermin dalam beberapa acara pertukaran budaya yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada APEC China 2026.

Salah satu daripadanya ialah pameran khas "China Through Its Intangible Heritage", yang menghimpunkan lebih 200 karya merangkumi lukisan tradisional China, kaligrafi, arca, seramik, tekstil dan seni gangsa. Melalui karya-karya tersebut, pameran itu memperlihatkan keindahan estetika China serta kemahiran seni pertukangan yang menjadi asas kekayaan warisan budayanya.

Selain memperagakan budayanya sendiri, China turut mengundang pemuzik dari China, Rusia, Amerika Syarikat, Australia dan Singapura — yang kesemuanya merupakan anggota ekonomi APEC — untuk berkumpul dalam acara "Hear Every Voice" bagi berkongsi inspirasi kreatif serta meneroka hubungan antara budaya yang berbeza.

Melalui acara sebegini, China bukan sahaja mempamerkan warisan budayanya kepada dunia, malah menyediakan wadah untuk komunikasi dan dialog rentas budaya, sekali gus meletakkan asas yang teguh bagi kerjasama yang dibina atas pengetahuan dan penghargaan bersama.

Walaupun pemahaman terhadap latar belakang masing-masing dapat menjadi asas persahabatan, hubungan yang terjalin akan menjadi semakin erat menerusi penglibatan berterusan dan kerjasama yang rapat. Prinsip yang sama turut menjadi asas pembinaan perkongsian yang kukuh dalam komuniti Asia-Pasifik.

Dalam ucapannya di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 pada Khamis, Presiden China Xi Jinping menyeru pembinaan komuniti Asia-Pasifik yang dicirikan oleh perpaduan dan semangat saling membantu, keterbukaan dan integrasi, daya usaha serta inovasi dan pembangunan yang inklusif.

Bagi merealisasikan visi ini, China akan terus memperkukuh kerjasama dalam kalangan ekonomi APEC serta memperluas pertukaran budaya. Usaha ini selaras dengan komitmen lebih luas China menerusi Global Civilization Initiative untuk menggalakkan toleransi, hidup bersama secara harmoni, pertukaran serta saling belajar antara tamadun yang berbeza.

https://news.cgtn.com/news/2026-11-19/How-cultural-exchanges-build-a-close-Asia-Pacific-community-1ScMKLIdOKs/p.html


Hubungi: Jiang Simin jiang.simin@cgtn.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Gaming Press Releases

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.